Navigation:  »No topics above this level«

Panduan Tunjuk Cara Repositori

Previous pageReturn to chapter overviewNext page

       Pengenalan

 

Repositori merupakan halaman yang direkabentuk bertujuan sebagai  pusat penyimpanan dan penyelenggaraan bahan. Halaman ini mengandungi ruangan muat turun bertujuan membenarkan pengguna untuk memuat naik bahan berdasarkan keperluan kerja di Dewan Bahasa & Pustaka.

 

Carian

 

Log masuk sebagai Pentadbir Sistem. Contoh Pentadbir Sistem yang dilantik adalah Sulaiman Bin Kaiat (Haji). Halaman Utama Pentadbir Sistem akan dipaparkan. (Rujuk Rajah 1 dibawah).

Rajah 1

 

 

 

Pentadbir Sistem diminta menekan butang “Repositori” atau ke butang “Utiliti”, tekan butang “Penyelenggaraan Repositori”. Halaman Penyimpanan Bahan akan dipaparkan (Rujuk Rajah 2 dibawah).
Pada halaman ini, semua bahan yang didaftarkan pada halaman penyimpanan bahan sahaja yang boleh dicari dan dimuat naikkan. Anda diminta untuk menyimpan bahan pada ruangan Penyimpanan Bahan.

 

Rajah 2

 

Pilih / lengkapkan maklumat pada medan Bahan, Carian dan Tarikh.
Klik butang Carian membenarkan sistem mencari bahan yang ingin dicari.
Keputusan carian mengikut tapisan medan yang diisi akan dipaparkan.

 

Hapus bahan

 

Klik ikon pada bahan yang hendak dihapus.
Tetingkap notifikasi akan dipaparkan. Klik OK untuk teruskan atau Cancel untuk membatalkan proses penghapusan.