Navigation:  Pendaftaran Buku > Panduan Tunjuk Cara Manuskrip Cetak Ulang >

Aturcara Kerja

Previous pageReturn to chapter overviewNext page

Pada Halaman Utama Pendaftar Buku, pendaftar buku diminta menekan butang Daftar Buku untuk tindakan

mendapatkan halaman pendaftaran projek.

 

Rajah 1

 

Sila lengkapkan medan - medan dengan maklumat yang sesuai.
Pengguna diminta memilih Jenis Pendaftaran Manuskrip Cetak Ulang.
Medan pada “No. Pendaftar” akan terpapar secara automatik berdasarkan kepada  pengguna  semasa.
Medan “Tarikh Daftar” adalah berdasarkan kepada tarikh semasa pendaftaran.
Pada medan Jenis Pendaftaran, pendaftar buku diminta memilih “Manuskrip Cetak Ulang” dan pengguna akan dipaparkan ruangan “Judul” untuk membenarkan pengguna memilih manuskrip yang ingin di cetak semula.
Pada medan “No. Pendaftaran” akan dipaparkan setelah pengguna menekan butang “Simpan” (untuk tujuan penyimpanan maklumat yang telah diisi). No. Pendaftaran adalah mengikut nombor giliran pendaftaran dan tahun semasa.
Pada medan “Bil / Tahun”, adalah dipaparkan berdasarkan giliran dan tahun semasa.
Pengguna diminta melengkapkan Kata Kunci Judul. Kata Kunci Judul merupakan  rangkai kata yang terpenting dalam sesuatu pendaftaran.
Maklumat Karyawan
Pada ruangan “Maklumat Karyawan”, untuk mendaftar karyawan baru bersama maklumat - maklumat penting, anda diminta butang diminta menekan butang untuk mendapatkan halaman Direktori Karyawan. Halaman Direktori Karyawan dipaparkan (Rujuk Rajah 3 dibawah).