1. | Akses Pengguna |
Penerangan |
Untuk tindakan pendaftaran, Petugas Majalah dikehendaki menekan butang Daftar Majalah pada halaman utama. Rujuk Rajah 1 dibawah.Daftar Majalah direkabentuk untuk membenarkan pengguna mendaftar majalah baru yang akan diterbitkan.
Rajah 2 : Halaman Utama Petugas Majalah
a. | Langkah - langkah pendaftaran majalah adalah seperti berikut : - |
• | Untuk mendapatkan halaman Daftar Majalah, anda mestilah log masuk sebagai Pendaftar Majalah. Contoh Pendaftar majalah yang telah dilantik adalah Zubaidi Bin Abas. |
• | Setelah butang Daftar majalah ditekan, pengguna akan dipaparkan dengan halaman Pendaftaran Majalah Jurnal Bulanan. Untuk tindakan mengisi maklumat pendaftaran.(Rujuk Rajah 2 dibawah). |
Rajah 3 : Pendaftaran Majalah Jurnal Bulanan
• | Sila lengkapkan medan - medan dengan maklumat yang sesuai. |
• | Medan “Majalah & Jurnal Bulanan” akan dijana dan dipaparkan apabila Judul & Tarikh Keluaran dipilih. Medan ini memaparkan nama majalah dan tarikh keluaran. |
• | Untuk medan “Pengurus Projek”, pengguna tidak perlu melengkapkan nama kerana ianya dijana berdasarkan lantikan pengurus oleh Pentadbir pada halaman Daftar Majalah (Utiliti). |
• | Untuk medan “Pejabat”, “Jabatan”, “Bahagian”, “No PTJ” dan “Program” anda tidak perlu melengkapkannya kerana ianya dipaparkan berdasarkan kepada pendaftaran pada halaman Utiliti. |
• | No PTJ akan dijana dan dipaparkan setelah pengguna menekan butang “Simpan”. |
• | Butang “SIMPAN” berfungsi menyimpan maklumat yang telah di kemaskini. Pengguna diminta melengkapkan maklumat dengan teratur untuk memudahkan tindakan penyimpanan. |
• | Butang “SIAP DAN SELESAI” berfungsi sebagai pengesahan dan keluar dari modul pendaftaran ini. |
• | Butang “BATAL” adalah tindakan memberhentikan proses yang akan dilaksanakan. |
• | Butang “SEMAK JUDUL” pula membenarkan pengguna untuk melihat senarai Judul yang didaftarkan (Rujuk Rajah 3 dibawah). |